Thursday, May 15, 2008

Kenapa Harus Memulakan Bisnes di eBay

Kenapa anda memulakan bisnes di eBay, itulah persoalan yang seharusnya anda jawap terlebih dahulu sebelum anda membayangkan langkah awal menjadi seorang usahawan internet khususnya didalam bisnes eBay. Sehingga kini ramai diluar sana sudah memulakan bisnes eBay ini dengan bermacam-macam cara tersendiri.Menurut beberapa kajian dan analisa, punca dan faktor kenapa seseorang itu memulakan bisnes di eBay adalah disebabkan oleh:

* Minat
* Pendapatan tetap/sampingan
* Mudah dikendalikan
* Jimat masa dan tenaga
* Menguntungkan
* Kemahiran Internet
* Perkhidmatan
* Persahabatan
* Modal dan kos sederhana

Memulakan apa jua jenis bisnes sama ada konvensional ataupun secara online, yang paling penting adalah minat untuk berniaga. Selain daripada itu, bisnes eBay menjimatkan masa dan tenaga kerana anda hanya perlu listingkan sahaja produk jualan anda di eBay. Menguntungkan, juga faktor kenapa seseorang memulakan bisnes eBay disamping berkemahiran untuk melayari internet. Persahabatan boleh dijalinkan sesama penjual dan pembeli sambil bertukar idea dan produk. Di eBay, buat bisnes tidak perlukan modal yang besar ataupun mempunyai laman web sendiri.




No comments: